Tokyo 2020 Paralympic Games

Karin MorisakiSukan Paralimpik Musim Panas 2020 (Bahasa Jepun: 2020年夏季パラリンピック会, Hepburn: 2020-Nen Kaki Pararinpikku) lebih dikenali sebagai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 merupakan sebuah acara sukan utama bagi atlet kurang upaya yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.Juga dikenali sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas ke-16, temasya ini telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.[1] Acara ini sebelumnya dijadualkan berlangsung dari 25 Ogos hingga 6 September 2020. Walau bagaimanapun, pada 24 Mac 2020, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo secara rasmi mengumumkan bahawa Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2020 ditunda ke tahun 2021 kerana masalah pandemik COVID-19, menandakan kali pertama Sukan Paralimpik ditangguhkan. Meskipun begitu, acara ini masih dipasarkan secara rasminya sebagai Paralimpik Musim Panas 2020 sungguhpun dengan penundaan penjadualan selama satu tahun.[2]

Tokyo 2020 Paralympic Games

Penyertaan negara 163
Upacara pembukaan 24 Ogos 2021
Penyertaan atlet 4,537
Stadium utama Stadium Tokyo
Obor paralimpik Yui Kamiji

Karin Morisaki

Shunsuke Uchida
Acara 539 dalam 22 sukan
Bandar tuan rumah Tokyo, Jepun
Pembukaan dirasmikan oleh Maharaja Naruhito
Cogan kata United by Emotion
(Jepun: 感動で、私たちはひとつになるcode: ja is deprecated
Melayu: Bersatu atas emosicode: ms is deprecated
Upacara penutupan 5 September 2021